Lelaki Paling Kerap Kahwin Di UK Cari Calon Isteri - Berita Dunia | mStar

Lelaki Paling Kerap Kahwin Di UK Cari Calon Isteri

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 11:53 AM

Ron Sheppard. -fotoSWNS/metroUK

(Ubah saiz teks)

LELAKI yang paling kerap berkahwin di Britain tidak serik untuk berkahwin lagi walaupun baru ditinggalkan oleh teman wanitanya Cristel Marquez
yang berusia 28 tahun.

Ron Sheppard, 69, mahu mencari wanita lain untuk dia berkahwin buat kali kesembilan, dengan syarat wanita itu lebih matang, berusia sekitar 30 tahun.

Sheppard, dari Martock, Somerset, bertemu dengan Marquez ketika wanita itu berusia 15 tahun.

Sheppard bersama Marquez. -fotoSWNS/metroUK

Ketika itu dia tinggal bersama isteri ketujuhnya di Thailand dan kemudian mula memburunya semula selepas perkahwinan kelapannya runtuh.

Dia berpandangan pekerja pusat panggilan yang berasal dari Filipina itu mungkin akan menjadi pasangannya yang tepat, tetapi tekaannya salah.

Sheppard kini enggan mengesahkan sama ada dia sudah berpunya atau tidak tetapi dia tidak menolak untuk berkahwin lagi.

Penghibur kem percutian yang telah bersara itu berkata: "Dia sentiasa pakai 'headphone' mendengar muzik. Bagi saya dia agak muda.

"Pasangan seterusnya saya mahukan yang lebih tua. Ramai yang menulis di Facebook saya dan mereka semua masih muda.

"Saya fikir pada masa hadapan saya akan melihat kepada personaliti, kematangan dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

"Sekitar 30 tahun adalah usia yang sempurna.

"Saya pun tak tahu jika saya akan berkahwin lagi. Anda perlu tunggu dan lihat," katanya.

Ditanya sama ada dia sudah berpunya: "Tiada komen, tunggu dan lihat."

Sheppard telah berkahwin lapan kali dan perkahwinannya yang paling lama bertahan selama 13 tahun dan yang paling singkat hanya 10 bulan.

Sheppard bersama Margaret. -fotoSWNS/metroUK

Sheppard mula berkahwin pada tahun 1966 dengan wanita bernama Margaret. Pasangan itu mempunyai tiga orang anak tetapi bercerai selepas dua tahun.

Isteri nombor duanya Jeanette dikahwini pada tahun 1973 dan perkahwinan itu bertahan selama setahun.

Dia kemudian berkahwin dengan Lesley pada tahun 1976 dan mereka mempunyai dua lelaki.

Dia meninggalkan Lesley lima tahun kemudian dan berkahwin dengan Kathy pada tahun 1982. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sheppard kemudian berkahwin dengan Sue pada tahun 1986 dan mereka mempunyai dua anak lelaki sebelum dia melepaskannya 11 tahun kemudian.

Sheppard bersama isteri ketujuhnya, Wan. -fotoSWNS/metroUK

Usha, dari Singapura dikahwininya pada tahun 1999, diikuti oleh Wan pada tahun 2003 dan Weng setahun kemudian.

Mereka berpisah pada tahun 2015 dan bercerai pada Mac.

Dia telah bertemu dengan Marquez lebih dari 10 tahun yang lalu, ketika dia berumur 15 tahun. Ketika itu Sheppard tinggal di Thailand dengan isteri ketujuhnya, Wan.

Selepas berpisah dengan Weng dia pernah mencuba melamar Cristina, yang tiba di negaranya November lalu.

Tetapi Sheppard mendakwa permohonan visanya untuk tinggal di UK ditolak dan wanita itu telah pulang ke negaranya.

"Dia kecewa terpaksa pulang tetapi dia juga mahu melihat anaknya yang sudah tidak ditemui selama setahun." -metroUK

Tags / Kata Kunci: kahwin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan