Pari-Pari Papan Luncur Curi Hati Netizen - Berita Dunia | mStar

Pari-Pari Papan Luncur Curi Hati Netizen

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA bercakap tentang Brazil, pasti terbayang-bayang kehebatan pemain bola sepaknya yang sentiasa menjadi perhatian peminat dari seluruh dunia.

Bukan sekadar bola sepak, negara itu juga terkenal dengan tarian Samba dan seni mempertahankan diri, Capoeira.

Terkini, kanak-kanak perempuan dari Brazil turut mencuri hati netizen dengan kemahirannya bermain papan luncur dan berpakaian ala puteri pari-pari.

Rayssa Leal yang berusia 9 tahun itu dikatakan bakal menjadi bintang papan luncur ternama yang digelar 'Fadinha Do Skate', bermaksud 'pari-pari papan luncur'.

Ini kerana bukan sahaja Rayssa berbakat, dia juga telah memenangi pelbagai pertandingan kejuaraan dan kebolehannya turut menjadi perhatian pemain papan luncur profesional, Tony Hawk.

Biarpun minatnya begitu mendalam terhadap sukan yang biasa diceburi oleh golongan lelaki, hal itu tidak membuatkan Rayssa berasa perlu berpakaian seperti mereka atau kelihatan 'tomboy'.

Kanak-kanak comel itu memilih untuk berpakaian ala pari-pari ketika meluncur.

Peminat sukan itu menerima kehadiran Rayssa dengan tangan terbuka dan dia turut memiliki lebih 112,000 pengikut di laman Instagram. - Bored Panda

Tags / Kata Kunci: Rayssa Leal , papan luncur
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan