Pengembara India Isytihar Diri Raja - Berita Dunia | mStar

Pengembara India Isytihar Diri Raja

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pengembara dari India mengisytiharkan dirinya sebagai raja di sebuah wilayah yang tidak dituntut di Utara Afrika.

Malah, dia kini menggesa orang ramai untuk memohon menjadi rakyatnya.

Suyash Dixit melancong ke Bir Tawil, wilayah terpencil berkeluasan 800 meter persegi yang bersempadan dengan Mesir dan Sudan yang tidak dituntut kedua-dua negara terbabit.

Lelaki tersebut berkata berdasarkan etika dan peraturan tamadun awal, jika sesiapa sahaja mahu menuntut mana-mana tanah maka mereka perlu bercucuk tanam di atasnya.

"Saya telah menabur benih dan menyiram air di tanah tersebut. Kawasan itu milik saya," katanya.

Bir Tawil antara beberapa wilayah di dunia yang tidak dituntut oleh mana-mana negara kerana kesilapan pengukuran sempadan oleh kerajaan British pada abad lalu.

Malangnya, Suyash mungkin tidak boleh memerintah wilayah tersebut sebagaimana yang diimpikannya.

Kawasan itu sebelum ini pernah dituntut oleh pelbagai individu tetapi ia tidak diiktiraf mana-mana pihak berkuasa antarabangsa.

Tags / Kata Kunci: Bir Tawil
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan