Wanita Naik Angin Tak Dapat 'Sup Lebih'

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita dari Thailand dirakam melemparkan plastik berisi mee sup panas kepada seorang penjual makanan kerana tidak menyediakan hidangan itu mengikut saiz yang dimintanya.

Pekerja gerai makanan itu, Kham Loogtah, 26, melecur di leher dan dada selepas bungkusan mee sup itu pecah apabila ia dilemparkan pelanggan terbabit ke badannya.

Menurut Loogtah, pelanggan yang tidak dikenali itu telah meminta makanan yang dipesannya, Khanom Chin Nam Ngiao (bihun bersama sup khinzir pedas) dibungkus dalam beg plastik yang lebih besar.

Namun, permintaan itu tidak dapat ditunaikannya dan dia telah memberitahu pelanggannya itu bahawa 'ini beg plastik paling besar yang kami ada'.

-fotoCoconuts

Berang dengan saiz hidangan yang kecil itu, wanita berkenaan bertindak melemparkan mee tersebut kepada Loogtah.

Teman lelaki wanita itu tampil memohon maaf dan menawarkan untuk menghantar Loogtah ke hospital.

Namun, Loogtah menolak pelawaan tersebut kerana takut dengan pasangan itu.

Loogtah ke hospital sendirian dan pasangan itu bersetuju untuk membayar bil perubatan bernilai THB10,000 (RM1,267).

Insiden itu turut menyebabkan dia putus pendapatan untuk beberapa hari bagi menyara keluarganya kerana terpaksa mengambil cuti.

Loogtah telah bekerja di gerai makan di kawasan Santitham itu sejak empat tahun lalu dan menerima THB700 (RM88.70) sehari dengan bekerja dua syif dari pukul 11 pagi hingga 2 pagi.

Loogtah berkata, dia tidak berdendam namun telah membuat laporan polis dan mahu wanita itu bertanggungjawab atas perbuatannya. -coconuts

Tags / Kata Kunci: mee sup , viral Thailand

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan