Twitter Kecoh Kisah 'Hantu Kepala Penyek'

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 6:19 PM

-foto Twitter Adam Ellis

(Ubah saiz teks)

RAMAI orang pernah rasa diri mereka sedang diperhatikan atau mendengar bunyi aneh pada malam hari.

Kadang-kadang minda dan imaginasi kita menjadi tidak menentu bila berada di bilik tidur yang gelap dan senyap, kerana telinga kita mudah menangkap sebarang bunyi.

Seorang lelaki nampaknya benar-benar yakin dia sedang diburu hantu 'budak iblis' dan beribu-ribu orang telah 'terpikat' dengan ceritanya.

-foto Twitter Adam Ellis

Adam Ellis, dari New York, mula menceritakan tentang kejadian menyeramkan beberapa bulan lalu dengan berkongsi tentang 'budak iblis' berkepala penyek yang sering hadir dalam mimpinya yang menyeramkan.

-foto Twitter Adam Ellis

Kisah itu bermula pada 7 Ogos dan Adam menulis di Twitter: "Pangsapuri saya kini mempunyai hantu seorang budak yang telah mati dan dia cuba membunuh saya.

"Dia mula muncul dalam mimpi, tetapi saya fikir kini dia telah masuk ke dunia sebenar.

"Dia hanya menatap saya untuk seketika, tetapi kemudian keluar dari kerusi dan mula mengesot ke arah katil," tulis Adam.

"Saya tidak dapat bergerak kerana saya 'ditindih'. (Saya kerap ditindih ketika tidur).

"Bila dia sampai di katil saya, saya terbangun dan menjerit.

"Beberapa malam kemudian saya bermimpi lagi, yang mana saya berada di perpustakaan dan seorang gadis datang kepada saya dan berkata, 'Anda telah melihat 'Dear David'kan?'"

-foto Twitter Adam Ellis

Selebihnya, posting di Twitter Adam menunjukkan pelbagai cerita seram dan video pokok bunga terjatuh dari rak dan kerusi bergoyang sendiri.

Katanya, dia telah berpindah ke tingkat atas apartmen dan menganggap dia sudah bebas dari mimpi atau apa yang disebut sebagai 'menghantui' dirinya.

Tetapi katanya, tidak lama kemudian kucingnya berkumpul di pintu depan pada tengah malam dan melihatnya, seolah-olah mereka sedang mendengar sesuatu.

Pada 7 November, Adam memberitahu kisah tentang bagaimana malam sebelum dia mengalami satu lagi mimpi ngeri melibatkan 'Dear David' yang merenungnya dari kerusi bilik tidurnya.

Dia langsung tidak dapat bergerak ketika 'David' meninggalkan kerusi dan mengesot ke arahnya dalam keadaan mengerikan.

Adam berkata dalam mimpinya dia berfikir 'Jika David mahu membunuh saya, mungkin saya sekurang-kurangnya dapat membuktikannya dengan telefon saya' dan mula merakam gambar dalam suasana gelap.

David kemudian memanjat ke tempat tidurnya dan Adam pun terbangun.

Dia mendapati dia bermimpi di siang hari selepas terjaga dari mimpi buruknya.

-foto Twitter Adam Ellis

Tetapi pada malam berikutnya, ketika dia sedang membelek telefonnya, dia mendapati terdapat 'berpuluh-puluh foto hitam' yang diambil pada malam sebelumnya.

Dia berkongsi tiga gambar yang kesemuanya terlalu gelap, tetapi menegaskan jika kecerahannya diubah, gambar yang meruntun hati akan dapat dilihat.

Walaupun sering mengemaskini pengikutnya dengan kejadian menyeramkan, tetapi sejak hari itu dia tidak lagi berbuat demikian.

Sudah tentu, semua ini mungkin dirancang dan mungkin dia hanya mereka-reka cerita.

Tetapi dengan kira-kira 2,000 'like' untuk setiap tweet, nampaknya dia telah membuktikan ramai yang 'terpesona' dengan kisahnya dan tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.

Tags / Kata Kunci: kisah seram

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan