Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin

Diterbitkan: Isnin, 13 November 2017 10:05 AM

Tinggal kenangan... Leah bersama suaminya, Ben.

(Ubah saiz teks)

KELUARGA seorang wanita yang meninggal dunia hanya tiga bulan selepas berkahwin ketika dia disahkan menghidap kanser kulit menuntut penjelasan daripada doktornya.

Leah Debono, 29, meninggal dunia pada Januari lalu akibat kanser kulit yang telah merebak ke beberapa bahagian badannya termasuk otak, paru-paru dan tulang.

Dia disahkan bebas kanser kulit pada 2013.

Namun dia bertarung nyawa dengan penyakit tersebut hanya selepas berkahwin dengan suaminya, Ben Debono, Oktober tahun lalu.

"Saya melihat dia menghembuskan nafas terakhirnya. Anda tidak ingin melalui pengalaman seperti itu. Ia amat kejam," kata bapanya, Lex Dubano.

Leah sering menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya empat kali setahun tetapi doktor tidak menyedari kanser itu telah kembali semula.

Sebulan selepas majlis perkahwinannya, dia pengsan di tempat kerja dan dikejarkan ke hospital.

Namun doktor mengesahkan Leah mungkin kepenatan.

Malah Leah turut memikirkan dia mungkin hamil.

"Leah sentiasa di hati saya," kata Ben.

Tags / Kata Kunci: Leah Debono

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan