Kembara Hasil Jual Harta, Berhenti Kerja - Berita Dunia | mStar

Kembara Hasil Jual Harta, Berhenti Kerja

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

SEPASANG suami isteri memutuskan untuk berhenti kerja dan menjual harta yang dimiliki semata-mata untuk memenuhi hasrat mengembara ke seluruh dunia bersama dua anak mereka.

Pasangan Kerri dan Joe Smith ketika ini menetap di New Forrest di selatan England percaya kehadiran dua cahaya mata mereka bukan penghalang untuk mencapai impian itu.

Joe,29, yang bertugas sebagai akauntan, manakala Kerri, 30, seorang guru bakal melalui perjalanan jauh bersama anak lelaki mereka, Bug yang berusia empat tahun dan Mimi, anak perempuan yang baru berusia dua tahun.

Senarai aktiviti untuk dilakukan mereka sekeluarga telah mula dicatatkan sejak setahun lalu.

Termasuk dalam senarai itu adalah menggembara menggunakan van, mengikuti pelayaran Disney, meneliti sekolah tempatan di Fiji, melawat Santa di Lapland dan menaiki Eurostar.

Antara negara yang bekal dilawati adalah Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Fiji, Australia, Alaska, Hawaii dan kepulauan Caribbean.

Menerusi laman blog, bigworldlittleexplorers.com, pasangan ini menceritakan kenapa mereka membuat keputusan untuk menggembara.

"Kami memiliki kediaman, kereta dan barangan lain, tetapi satu perkara yang kami tidak ada hanyalah masa yang mencukupi untuk dilalui bersama.

"Oleh itu kami memutuskan untuk menjual semuanya dan bawa anak-anak bersama supaya lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama nanti," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini jadual penggembaraan mereka masih belum lengkap lagi.

Sebagai permulaan, pasangan ini cuba merantau ke beberapa lokasi di Britain bersama anak mereka.

Pasangan ini juga berharap pelbagai maklumat yang dicatatkan menerusi blog penggembaraan mereka dapat memberi inspirasi kepada ramai pasangan yang berminat merantau ke seluruh dunia.


Tags / Kata Kunci: Joe Smith , Kerri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan