Wartawan Malaysia, Jurugambar Dipenjara

Diterbitkan: Sabtu, 11 November 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAYPYITAW: Mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas dua wartawan asing termasuk seorang rakyat Malaysia kerana melanggar undang-undang pesawat udara apabila membuat penggambaran menggunakan dron.

Jurugambar Lau Hon Meng dari Singapura dan wartawan Mok Choy Lin dari Malaysia, ditahan pada 27 Oktober bersama-sama jurubahasa mereka, warga Myanmar, Aung Naing Soe, dan pemandu, Hla Tin.

Kesemua mereka yang sedang melakukan penggambaran dokumentari untuk TRT World, anak syarikat Perbadanan Radio dan TV Turki Turkish Radio dan Televisyen Turki Corporation yang bersiaran dalam bahasa Ingeris, ditahan ketika cuba menerbangkan dron berdekatan dengan Parlimen di Naypyitaw, ibu negara Myanmar.

Polis pada awalnya melakukan penyiasatan di bawah pelanggaran peraturan import eksport yang mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun tetapi hakim mengubahnya kepada tuduhan baharu iaitu melanggar Akta Penerbangan 1934 Burma yang membawa hukuman maksimum selama tiga bulan.

Satu perbicaraan lain akan diadakan pada 16 November ini untuk memutuskan sama ada mereka juga melanggar peraturan import eksport.

“Kesemua mereka yang didakwa mengaku bersalah dengan harapan mereka akan hanya dikenakan denda tetapi terkejut apabila dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan,” kata peguam bela, Khin Maung Zaw yang akan merayu supaya hukuman itu dikurangkan kepada denda.

Sebelum perbicaraan berlangsung, Choy Lin memberitahu wartawan di mahkamah bahawa mereka menyesal kerana tidak menghormati undang-undang Myanmar, tetapi mengadu proses undang-undang dibuat secara tidak telus.

“Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku dan kami tidak dibenarkan bercakap dengan keluarga.

“Kami tidak dijelaskan tentang peraturan dan prosedur. Kami hanya diminta menandatangani kenyataan dalam bahasa Burma yang kami tidak faham,” kata beliau. – Reuters



Tags / Kata Kunci: Mok Choy Lin , Myanmar

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan