Hasrat Lima Penculik Bogel Tak Kesampaian

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 9:32 AM

Seorang daripada lima 'penculik bogel' yang ditahan polis Kanada. -fotoCaters

(Ubah saiz teks)

LIMA ditahan dalam keadaan berbogel selepas mereka didakwa menculik sebuah keluarga susulan satu kemalangan.

Dalam satu adegan yang jarang-jarang dilihat, anggota polis dilihat mengiringi kumpulan tersebut di tempat kejadian dalam keadaan kelima-lima mereka 'tiada surat benang'.

Kelima-lima mereka dituduh menculik seorang wanita, bapanya dan seorang bayinya yang baru lahir.

Gambar yang diambil oleh seorang saksi menunjukkan seorang wanita dalam keadaan telanjang dipimpin oleh polis dalam suhu sejuk beku.

-fotoCaters

Polis berkata, bayi berusia enam minggu dan bapa kepada wanita itu telah diculik dari sebuah rumah di Laduc County sekitar pukul 9.30 pagi dan dipaksa menaiki sebuah BMW.

-fotoCaters

Difahamkan lelaki tersebut yang disumbat di dalam bonet kereta berjaya melarikan diri ketika kereta sedang bergerak sementara wanita tersebut melarikan diri dengan bayinya.

Menurut pegawai, seseorang yang lalu di situ dengan trak telah membantu mangsa, sebelum suspek yang menaiki BMW putih melanggar belakang trak dan kedua-dua kenderaan akhirnya tersadai di parit.

-fotoCaters

Polis kemudian menahan seorang lelaki, dua wanita dan dua gadis bawah umur yang semuanya 'tidak berpakaian semasa mereka ditangkap'.

Empat daripada lima suspek yang berbogel dibawa ke hospital.

Tiga suspek kini berdepan pertuduhan menculik dan menghalang penangkapan.

Kedua-dua gadis bawah umur itu dibebaskan tanpa pendakwaan.

Menurut polis, keluarga yang diculik kenal dengan kumpulan terbabit dan ketiga-tiga mereka tidak cedera. -metroUK

Tags / Kata Kunci: kes culik

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan