Poster Ringkas Depan Rumah Jadi Tarikan! - Berita Dunia | mStar

Poster Ringkas Depan Rumah Jadi Tarikan!

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 10:44 AM

Sompong Chomphuprapet

(Ubah saiz teks)

SOMPONG Chomphuprapet, seorang wanita berusia 65 tahun dari Ubon Ratchathani, Thailand, baru-baru ini mendapat perhatian gara-gara poster di depan rumahnya.

Ini kerana, Chomphuprapet tidak menggunakan pendekatan konvensional untuk mencari teman lelaki.

Dia telah meletakkan poster di pagar rumahnya meminta mana-mana lelaki yang berminat menjadi pasangannya untuk masuk ke dalam bagi mendapatkan maklumat terperinci.

"Seorang wanita berusia 65 tahun, mencari teman lelaki berusia 60-70 tahun. Janda pencen. Saya baik hati, ikhlas dan sihat. Sekiranya anda berminat, hubungi di sini."

Laman web temu janji seperti Tinder atau Bumble begitu popular hari ini, selain pilihan aplikasi atau perkhidmatan khusus temu janji yang membolehkan orang ramai berjumpa dengan pasangan berwajah idaman mereka.

Tetapi sukar untuk dipercayai masih ada yang memilih cara tradisional berbanding digital untuk mencari pasangan hidup.

Chomphuprapet berkata dia hanya mahukan lelaki Thai yang baik dan akan menyayanginya sepanjang hayat.

"Saya mahukan lelaki yang baik. Hidup sendirian begitu sepi dan menyedihkan," katanya kepada wartawan.

Chomphuprapet gagal dalam dua perkahwinannya sebelum ini yang mana dia terpaksa bercerai dengan suami pertamanya dari Thailand kerana dia 'kaki botol'.

Kemudian dia terbang ke Jerman untuk bekerja dan berkahwin dengan lelaki tempatan selama 13 tahun sebelum pulang semula ke Thailand selepas bercerai.

Tags / Kata Kunci: Sompong Chomphuprapet , cari jodoh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan