Perlu Imbas Muka, Cap Jari Untuk Kad SIM - Berita Dunia | mStar

Perlu Imbas Muka, Cap Jari Untuk Kad SIM

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Imbasan wajah atau cap jari diperlukan untuk membeli kad SIM di Thailand berkuat kuasa bulan depan.

Tindakan itu dilakukan kerana kerajaan Gajah Putih tersebut mahu membanteras penipuan elektronik dan menggalakkan perbankan mudah alih.

Menurut pengawal selia telekomunikasi, sistem biometerik baharu itu yang turut digunapakai di Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan akan bermula pada 15 Disember ini.

"Kami memasuki fasa digital, duit kita sekarang dikaitkan dengan perkhidmatan mudah alih. Dengan cara ini, kepercayaan terhadap perbankan mudah alih atau sistem pembayaran akan dipertingkatkan.

"Segelintir individu menggunakan ID palsu untuk mendaftarkan kad SIM mereka sehingga mencetuskan masalah," kata Ketua Setiausaha Suruhanjaya Telekomunikasi dan Penyiaran Kebangsaan (NBTC), Takorn Tantasith.

Imbasan wajah dan cap jari itu akan dipadankan dengan data kerajaan yang dihubungkan dengan kad ID kebangsaan Thai.

Pelancong juga  dikehendaki melakukan pemeriksaan imbasan wajah pada gambar pasport mereka.

Tags / Kata Kunci: imbasan wajah , cap jari , kad SIM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan