Pelakon Disaman Papar Nombor Telefon Dalam Filem

Diterbitkan: Ahad, 5 November 2017 9:46 AM

Shakib Khan. Foto Facebook/odditycentral

(Ubah saiz teks)

BINTANG filem Bangladesh, Shakib Khan disaman oleh seorang pemandu beca beroda tiga kerana didakwa memaparkan nombor telefonnya dalam filem lakonannya baru-baru ini.

Plantif mendakwa sejak filem itu dilancarkan, dia dihujani dengan banyak panggilan telefon daripada peminat wanita kepada pelakon lelaki itu.

Keadaan itu menyebabkan kehidupannya terganggu.

Filem yang bertajuk Rajneeti itu diterbitkan apda 25 Jun lalu, dan salah satu adegan menunjukkan Shakib menggunakan telefon bimbit dengan memaparkan nombor telefon.

Walaupun kebiasaannya nombor telefon adalah rekaan atau palsu yang dipaparkan dalam filem Bangladesh, tetapi nombor telefon yang dipaparkan dalam adegan Shakib Khan itu adalah tulen.

Nombor telefon tersebut adalah milik Ijajul Mia, seorang pemandu beca beroda tiga yang berasal dari kampung Jatrapasha.

Selepas beberapa minggu filem itu ditayangkan, nombor telefon berkenaan tersebar dalam kalangan peminta Shakib.

Ijajul mendakwa, dia menerima lebih 500 panggilan daripada wanita yang mahu mencari pelakon popular itu, hanya dalam tempoh lima hari pada Julai lalu.

Malah keadaan itu mengganggu rumahtangga Ijajul selepas isterinya mula syak dia curang dengan wanita lain.

"Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak," kata Ijajul.

"Isteri saya ingat saya mempunyai hubungan sulit setiap kali menerima panggilan-panggilan ini," tambahnya. - odditycentral

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan