Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang

Diterbitkan: Jumaat, 3 November 2017 8:48 AM

Nguyen dirakam berada di sisi Putera Charles di lokasi kebakaran.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki mengaku terpaksa menipu keluarganya meninggal dunia akibat kebakaran di Grenfell Tower untuk memperoleh wang pampasan sebanyak 12,500 pound sterling.

Anh Nhu Nguyen mendakwa isteri dan anak lelakinya maut dalam kebakaran di salah sebuah blok pangsapuri tersebut pada 14 Jun lalu.

Malah gambarnya turut dirakam di sini Putera Charles semasa melawat mangsa kebakaran pangsapuri tersebut.

Nguyen menyamar sebagai salah seorang mangsa dan diberikan sejumlah wang pampasan daripada Majlis Badan Aman Kensington dan Chelsea.

Lelaki berusia 52 tahun dari Beckenham, selatan London itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Southwark pada Khamis atas dua pertuduhan.

Dia didakwa berpura-pura menjadi mangsa kebakaran dan membuat kenyataan palsu untuk mendapatkan pasport.

Nguyen tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dia membuat pengakuannya menerusi seorang penterjemah.

Keputusan perbicaraan kes Nguyen akan ditentukan pada 15 Disember ini.

Lebih 80 mangsa maut dalam kebakaran yang memusnahkan pangsapuri 24 tingkat itu.

Nguyen diberikan sebuah bilik hotel, pakaian, makanan, barangan elektrik dan wang selepas menyamar sebagai salah seorang mangsa yang terselamat.

Namun muslihatnya terbongkar selepas dia memberikan beberapa alamat kediaman yang berbeza, ada di antaranya tidak pernah wujud.

Tags / Kata Kunci: Grenfell Tower , kebakaran

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan