Bekas Pelakon Porno Sedia Cabar Putin - Berita Dunia | mStar

Bekas Pelakon Porno Sedia Cabar Putin

Diterbitkan: Jumaat, 3 November 2017 9:06 AM

Elena Berkova.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pelakon porno bersedia bertanding menentang Presiden Vladimir Putin pada pilihan raya Rusia tahun depan.

Elena Berkova dari Murmansk yang terletak di barat laut Rusia memuatnaik video di laman Instagramnya mengenai hasratnya untuk bertanding.

Katanya, dia mahu memperkenalkan hukuman mati kepada pesalah gangguan seksual dan turut ingin mengharamkan penggunaan skirt panjang lebih 40 sentimeter.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata hukuman mati dicadangkan kerana dia kecewa dengan individu seperti Harvey Weinstein.

Beberapa cadangan lain adalah untuk tidak membenarkan suami menceraikan isteri mereka dan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.

Menurut laporan MailOnline, Berkova berkata:"Saya membuat keputusan ini kerana wanita terlibat aktif dalam kempen pilihan raya presiden.

"Ada di antara mereka dari bidang perniagaan, saya turut berkempen untuk Datuk Bandar Sochi dan terlibat dalam politik, jadi saya memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden Rusia," katanya.

Nampaknya, Berkova akan menjadi calon wanita keempat yang akan bertanding mencabar Putin.

Tags / Kata Kunci: pelakon porno , Vladimir Putin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan