Peguam Filipina Cabar Kempen Duterte

Diterbitkan: Khamis, 2 November 2017 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Peguam di Filipina pada Khamis mengumumkan jalinan perikatan besar-besaran untuk mencabar tindakan Presiden Rodrigo Duterte yang memerangi dadah dalam tempoh 16 bulan ini.

Ia ditubuhkan selepas kempen tersebut meragut lebih daripada 3,900 nyawa yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Filipinan yang menetap di bandar dan dihimpit kemiskinan.

Polis berkata, mangsa terpaksa mempertahankan diri sendiri selepas suspek yang bersenjata enggan menangkap mereka.

Para Peguam Penentangan Pembunuhan Luar Undang-Undang menambah bilangan suara yang menyeru kerajaan untuk menamatkan kempen itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua peguam untuk secara konsisten, bersikap tegas untuk mempertahankan hak asasi manusia," kata Edre Olalia, Ketua Kesatuan Kebangsaan Peguam Rakyat.

Jurucakap Duterte, Harry Roque yang juga seorang anggota kongres dan seorang peguam hak asasi manusia, menafikan pencabulan hak bagi pihak presiden tetapi mengalu-alukan kumpulan baharu itu.

"Sekiranya kita tidak dapat membuktikan bahawa terdapat pembunuhan dilakukan di luar undang-undang, kita tidak boleh mengatasi tanggapan itu (ketetapan dalam melaksanakan fungsi rasmi)," kata Roque.

"Dia (Duterte) tidak akan bertolak ansur dengan pembunuhan. Dia hanya akan bertolak ansur dengan pembunuhan apabila ia selari dengan tanggunjawab," kata Roque. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Duterte

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan