Sudahlah Basikal Dikunci Pada Tayar Kereta, Diperas Ugut Pula - Berita Dunia | mStar

Sudahlah Basikal Dikunci Pada Tayar Kereta, Diperas Ugut Pula

Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 3:01 PM

Sebuah kereta dikunci pada tayar kenderaan mangsa. Foto Internet

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang pemilik kereta di utara China diperas ugut pada Ahad minggu lalu.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa lelaki yang hanya dikenali sebagai Zhang mendapati sebuah basikal dikunci pada tayarnya yang diletakkan di Shijiazhuang, wilayah Hebei.

Media tempatan melaporkan dia meletakkan kenderaannya di sebuah jalan pada malam sebelumnya kerana tidak menemui parkir kosong di tempat letak kereta bawah tanah.

Keesokannya, Zhang menemui sekeping nota pada kenderaannya yang menuntut supaya memindahkan sejumlah wang ke sebuah akaun.

Menurut SCMP, Zhang bagaimanapun enggan mengikut tuntutan individu tersebut lalu menghubungi polis.

Menurut polis, ia merupakan kejadian pertama seumpamanya berlaku. – The Straits Times/Asia News Network

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan