Keluarga 43 Pelajar Hilang Tuntut Keadilan - Berita Dunia | mStar

Keluarga 43 Pelajar Hilang Tuntut Keadilan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

MEXICO: Keluarga 43 pelajar kolej Ayotzinapa yang hilang sejak setahun lalu, berarak di ibu negara itu bagi menuntut siasatan terhadap kehilangan pelajar berkenaan dijalankan semula.

Perarakan yang turut disertai aktivis hak asasi manusia itu, bermula dari dataran Angel Independence di Hemiciclo Juarez.

Menurut laporan rasmi, pelajar dari kolej latihan guru Ayotzinapa di Iguala, Guerrero itu, hilang ketika dalam perjalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan pada 26 September 2014.

Kolej latihan guru tersebut, terkenal dengan penuntut yang aktif sebagai aktivis politik.

Menurut aktivis, sekumpulan pegawai polis dikatakan menahan pelajar berkenaan sebelum membunuh dan membakar mayat mereka.

Keluarga pelajar mengecam laporan rasmi polis disebabkan terdapat beberapa percanggahan.

Mereka berarak menuntut siasatan baharu dilakukan dengan cogan kata: "Mereka ditahan dalam keadaan bernyawa, kami mahukan mereka semula juga dalam keadaan bernyawa." - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kolej Ayotzinapa , Mexico
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan