Peguam Cun Terkejut £14 Juta Dalam Akaun - Berita Dunia | mStar

Peguam Cun Terkejut £14 Juta Dalam Akaun

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG peguam jelita terkejut apabila mendapati dirinya kaya-raya dan pinjaman gadai janjinya telah dibayar.

Clare Wainwright, dari Sydney, Australia, berkata dia seakan tidak percaya apabila mendapati wang berjumlah £14 juta berada dalam akaunnya.

Semuanya berlaku apabila Clare, pada bulan September menerima surat dari National Australia Bank (NAB) yang mengesahkan permohonannya untuk membuat pembayaran langsung secara debit dari akaunnya di St George Bank.

Tetapi terdapat kesilapan pada surat itu yang menyatakan pembayarannya adalah $25,102,107 (£14 juta) sebulan, bukan $2,500 sebulan seperti yang telah dirancang.

Bagaimanapun, pada 25 Oktober, pembayaran berjumlah £14 juta tetap dibuat menerusi akaunnya.

Walaupun dia telah menghubungi bank, jumlah yang besar itu masih berada dalam akaunnya.

-fotoFacebookClare

Selepas kesilapan tersebut, dia bergurau di Facebook: "Apabila NAB tanpa sengaja membayar seluruh gadai janji anda dan memberikan anda tambahan $24.5 juta... perlukah saya meninggalkan negara?"

Dia kemudian berkata bahawa dirinya tidak tergoda untuk berbelanja selepas melihat kekayaannya itu.

"Saya seorang peguam, itulah sebabnya saya tidak membelanjakan wang itu," katanya.

Ditanya tentang perasaannya apabila melihat wang sebanyak itu: "Saya melihatnya, saya berfikir, 'Oh Tuhanku 25 juta dan saya ketawa.

"Saya menunjukkannya kepada broker dan dia berkata, 'Ya Tuhan, saya akan minta mereka selesaikannya'."

NAB dilaporkan telah memberitahu brokernya bahawa mereka akan berhubung dengannya untuk menyelesaikan masalah itu dalam masa tiga hari. -dailystar

Tags / Kata Kunci: NAB , peguam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan