Lelong Berlian Bantu Rakyat Miskin - Berita Dunia | mStar

Lelong Berlian Bantu Rakyat Miskin

Diterbitkan: Rabu, 25 Oktober 2017 10:33 AM

Peace Diamond pernah ditawarkan harga RM33 juta pada acara lelongan Mei lalu, bagaimanapun ditolak kerajaan Sierra Leone.

(Ubah saiz teks)

FREETOWN: Salah satu berlian terbesar di dunia akan dilelong untuk membiayai projek pembangunan untuk golongan miskin di Sierra Leone.

Keputusan yang dibuat kerajaan Sierra Leone itu diharap dapat mengumpul jutaan dolar untuk pelaksanaan projek itu.

Acara lelongan itu dijangka diadakan di New York, bulan depan.

Ia akan menjadi percubaan kedua kerajaan menjual permata 709 karat yang dikenali Peace Diamond selepas ia menolak tawaran tertinggi bernilai AS$7.8 juta (RM33 juta) dalam lelongan awal di bandar sama pada Mei lalu.

Lebih separuh hasil jualan akan digunakan untuk biayai projek pembersihan air, elektrik, pendidikan dan kesihatan di Sierra Leone dan khususnya di Koryardu yang merupakan kawasan belian tersebut ditemui. - Reuters


Tags / Kata Kunci: Sierra Leone
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan