“Saya Tak Henti Makan Coklat” - Jurulatih Kecergasan - Berita Dunia | mStar

“Saya Tak Henti Makan Coklat” - Jurulatih Kecergasan

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 7:54 AM

Joe Wicks. Foto Mail Online

(Ubah saiz teks)

BELIAU mempunyai terlalu ramai peminat dan wang berjuta di bank, menerusi video pelan makanan dan senamannya yang popular.

Namun jurulatih Joe Wicks mendedahkan bahawa beliau kehilangan motivasi sepenuhnya, dan tidak berhenti daripada makan coklat.

Wicks yang berusia 31 tahun dan berasal dari Epsom, Surrey di England berkata, beliau turut terjebak dengan makanan segera semasa berada di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini, tanpa melakukan sebarang senaman.

Bercakap dalam satu video secara kandid di Facebook mengakui bahawa beliau malas, meskipun membina jenamanya kerana obsesinya terhadap kecergasan dan pemakanan yang sihat.

Sambil memegang dua bar coklat, Joe yang mendedahkan memperoleh £1 juta (RM5.58 juta) sebulan pada tahun lalu memberitahu kepada 2.7 juta pengikutnya: "Saya mahu bercakap kepada anda mengenai bagaimana saya telah hilang motivasi sepenuhnya dan tidak boleh berhenti daripada makan coklat.

Beliau menjelaskan mengenai ibunya telah membawa terapi makanan manis daripada United Kingdom (UK) yang tidak didapati di AS sewaktu bertemu dengannya.

"Sejak hari itu, saya makan macam-macam. Terdapat banyak makanan segera di Amerika. Saya bagaikan hilang arah.

'Pada dasarnya saya perlu kembali bertahan secara mental. Saya hanya malas. Saya tidak mahu bersenam," katanya.

"Saya makan ais krim setiap hari dan minum banyak air manis," tambahnya.

Wicks yang terkenal dengan program bersiri Lean in 15 menjelaskan bahawa beliau mahu bersikap jujur dengan para peminatnya mengenai di sebalik kisah sebenar ramai orang yang berdepan dengan cabar untuk kekal bermotivasi selepas musim panas.

Bagaimanapun Wicks berkata, beliau mula kembali kepada rutin asalnya.

"Hari ini, saya bangun dan terus ke pantai melakukan sedikit senaman. Saya rasa lebih baik.

"Saya beritahu kepada diri saya, saya hanya perlu minum air kosong, tidak lagi air manis. Saya tidak akan makan coklat.

"Saya akan ambil tiga hidangan di rumah. Saya akan masak. Dan saya akan membuat pilihan lebih bijak jika makan di luar kerana selalu banyak pilihan makanan sihat pada menu," katanya. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Joe Wickes
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan