Penerbit Selesai Jalani Pemulihan Ketagihan Seks

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 2:55 PM

-fotoGetty

(Ubah saiz teks)

SEORANG penerbit filem popular dilaporkan selesai menjalani rawatan pemulihan ketagihan seks.

Dalam masa tujuh hari, Harvey Weinstein dikatakan telah manamatkan rawatan ketagihan seks selepas didakwa melakukan berpuluh gangguan seksual sejak tiga dekad.

Dia dilaporkan tamat kursus dengan pakar psikologi yang mendakwa telah membuat pelaburan sepenuhnya untuk program pemulihan tersebut.

Walaupun lelaki berusia 65 tahun itu dilaporkan marah, termasuklah dakwaan dia tertidur semasa sesi berkumpulan, doktor berkata dia 'bersikap serius' semasa menjalani 'terapi intensif'.

Dalam program tersebut, dia dibantu untuk 'mengatasi kemarahannya, sikap terhadap orang lain, sempadan kerja' dan sebagainya.

Mereka juga menjelaskan bahawa dia tidak terlepas satu pun perjumpaan dan 'terlibat sepenuhnya'.

Pakar psikologi berkata, dakwaan terhadap tingkah laku 'marah' Weinstein adalah tidak benar.

-fotoGetty

Walau bagaimanapun, sumber sebelum ini memberitahu kolum selebriti New York Post: "Dalam satu sesi terapi kumpulan, Harvey tiba 15 minit lewat. Kemudian, ketika gilirannya bercakap, dia memberikan ucapan tentang bagaimana semua ini adalah konspirasi terhadap dirinya."

Mereka menambah: "Harvey tertidur di kerusinya. Dia hanya terbangun apabila telefon bimbit yang diseludup berbunyi. Harvey bingkas bangun, melompat, menjawab panggilan dan meninggalkan bilik."

Seorang wakil Weinstein memberitahu bahawa dia merancang untuk bersama program itu sebulan lagi, tetapi rawatannya tetap akan berakhir pada Sabtu 21 Oktober mengikut perancangan.

Penerbit itu kini sedang disiasat oleh Jabatan Polis Los Angeles berhubung dakwaan rogol yang berlaku pada tahun 2013.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang pelakon berusia 38 tahun selepas dia memfailkan laporan polis pada Khamis.

Peguamnya, David Ring, dalam sidang akhbar berkata: "Semalam, anak guam saya yang berusia 38 tahun duduk dengan dua detektif pangkat tertinggi dan berkongsi apa yang berlaku di bilik hotel dengan Harvey Weinstein pada 2013."

Antara filem yang pernah diterbitkan Weinstein termasuklah 'Pulp Fiction', 'Clerks' dan 'The Crying Game'. -metroUK


Tags / Kata Kunci: Harvey Weinstein

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan