Lukisan Trump Dijual RM67,650 - Berita Dunia | mStar

Lukisan Trump Dijual RM67,650

Diterbitkan: Sabtu, 21 Oktober 2017 12:27 PM

Donald Trump dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun ini. - Reuters

(Ubah saiz teks)

LUKISAN 'doodle' bangunan Empire State oleh presiden kontroversi Amerika Syarikat, Donald Trump berjaya dijual pada harga 16,000 dolar Amerika (RM67,650).

Biarpun seakan sukar dipercaya, namun seseorang telah membeli 'doodle' tersebut.

Julien Auctions berkata lukisan bersaiz 12 inci panjang dan sembilan inci lebar itu dilukis oleh Trump pada tahun 1995 menggunakan pen 'marker' hitam di atas sekeping kertas.

'Doodle' oleh Trump dijual pada harga RM67,650.

Ia adalah untuk bidaan amal di Florida ketika beliau membuka estet Mar-a-Lago sebagai kelab eksklusif.

Kata para pelelong: "Lukisan itu merupakan lukisan yang paling disebut-sebut kerana ia merupakan hasil seni Trump, lebih-lebih lagi ia dibeli melebihi harga anggaran asal."

Ia dianggarkan hanya bernilai antara 8,000 hingga 12,000 dollar Amerika (RM33,827-RM50,740) ketika dijual untuk bidaan pada satu majlis yang diadakan di Los Angeles pada Khamis. - Metro UK

Tags / Kata Kunci: Donald Trump
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan