Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Perut Buaya

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

POLIS mengesahkan terdapat mayat manusia dalam badan seekor buaya yang ditangkap di Sungai Mowbray, Queensland berhampiran Craiglie semalam.

Buaya berukuran 4.3 meter itu yang dipercayai membaham mangsa, Anne Cameron, 79, telah diperiksa oleh pakar di Cairns, Selasa.

Siasatan polis diteruskan dengan pegawai-pegawai menyediakan laporan untuk Koroner.

Pada Khamis, sebahagian badan manusia dan tongkat ditemui berhampiran laluan air Far North Queensland dan terdapat spekulasi bahawa Cameron diserang oleh seekor buaya besar.

Perangkap telah dipasang di sepanjang Craiglie Creek dalam usaha menangkap haiwan itu.

Warga emas itu kali terakhir dilihat berhampiran kemudahan penjagaan di Craiglie, selatan Port Douglas, pada petang Selasa.

Polis pada Jumaat mengesahkan penemuan di sungai itu adalah mayat manusia selain tongkat yang tertera nama Cameron serta barangan lain ditemui di lokasi berdekatan.

Pegawai hidupan liar dan polis memperluaskan carian ke Sungai Mowbray setelah gagal mencari buaya tersebut semasa membuat rondaan menyeluruh dan tinjauan udara sistem air pada hujung minggu.

Penyelaras hidupan liar Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Warisan, Michael Joyce berkata reptilia itu sering bergerak antara beberapa kawasan menggunakan lautan sebagai 'jalan raya buaya', yang menjadikan usaha mengenal pasti sukar.

"Kami sedang mencari haiwan yang agak besar, lebih besar daripada tiga meter yang menunjukkan tahap keberanian dan jemuran untuk jangka masa yang lama," katanya.

Bangkai babi telah dicucuk ke perangkap terapung dan darat sementara pegawai-pegawai hidupan liar juga cuba menangkap buaya tersebut.

"Apa yang kita cuba lakukan ialah menarik buaya dengan pelbagai kaedah untuk memaksimumkan peluang kita untuk menangkap haiwan sasaran," kata Joyce.

"Sepuluh pegawai hidupan liar yang pakar dalam tingkah laku buaya, biologi, ekologi dan pengurusan berada di lapangan di Port Douglas dengan sokongan 10 kakitangan lain." -newsau


Tags / Kata Kunci: buaya

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan