Korea Selatan, AS Bakal Jalani Latihan Bersama

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan latihan maritim bersama di perairan berhampiran Semenanjung Korea, dengan menggerakkan sebuah kapal pengangkut pesawat AS, lapor agensi berita China Xinhua.

Media tempatan memetik tentera laut Korea Selatan sebagai berkata latihan bersama itu akan diadakan mulai Isnin hingga Jumaat depan di perairan timur dan barat Korea Selatan.

Turut serta dalam latihan itu ialah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear USS Ronald Reagan di bawah Armada ketujuh AS. Ia diiringi kapal pemusnah Aegis,  kruiser peluru berpandu, kapal kombat sokongan dan sebuah kapal selam berkuasa nuklear.

Latihan itu, dikenali sebagai "Maritime Counter Special Operations", bertujuan mengekang penyusupan pasukan khas musuh, kata tentera laut Korea Selatan.

Di pihak Korea Selatan,kapal pemusnah Sejong the Great Aegis akan menyertai latihan itu.

Turut digerakkan kapal perang dan kapal selam.Jumlah kapal perang yang bakal digerakkan ialah kira-kira 40 buah, menurut laporan media tempatan.

Untuk latihan itu, tentera Korea Selatan akan turut menggerakkan pesawat anti kapal selam P-3, jet pejuang jenis F-15K dan FA-18,  pesawat Lynx A-10 serta helikopter jenis AW-159, UH-60 dan MH-60R.- Bernama

Tags / Kata Kunci: USS Ronald Reagan , Korea Selatan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan