Saintis Singapura Dedah Asal Usul Bau 'Menyengat' Durian

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 5:46 PM

Bau yang 'tajam' dan kecintaan terhadap durian mendorong kumpulan saintis ini melakukan kajian terhadap Raja Buah.

(Ubah saiz teks)

SALAH satu rahsia bauan alam mungkin didedahkan, hasil usaha kumpulan saintis peminat durian di Singapura.

Penyelidik telah menemui satu gen bauan yang menyebabkan buah berduri itu mempunyai satu bau yang tajam dan menusuk hidung.

Penemuan ini bermakna terdapat kemungkinan untuk mencipta buah-buahan 'tanpa bau atau bau yang lebih ringan' di masa depan, menurut para saintis.

Bau durian telah mencetuskan pelbagai rasa dan reaksi, yang mana baunya akan melekat di tangan atau kekal di deria bau dalam tempoh masa tertentu.

-fotoGetty

"Durian tanpa baunya tidak memberi apa-apa makna, hanya cengkerang kosong tanpa intipati," tulis Richie Liang dari Singapura di Facebook, yang turut membandingkan 'durian tanpa baunya yang unik' dengan 'manusia yang telah hilang jiwanya'.

Selepas tiga tahun penyelidikan, kumpulan pencinta durian yang dibiayai secara persendirian tanpa mahu dinamakan itu, yang terdiri daripada lima saintis kanser kini mempunyai peta genetik lengkap buah tersebut, yang pertama di dunia.

Penemuan mereka diterbitkan dalam jurnal akademik Nature Genetics.

"Analisis kami mendedahkan bahawa penghasilan sulfur mudah meruap adalah adalah satu cas tenaga dalam durian, yang sesuai dengan pendapat orang ramai bahawa bau durian mempunyai aspek 'sulfur'," kata pakar genetik Patrick Tan, yang mengetuai kajian bersama itu.

-fotoGetty

Para penyelidik berkata, bau khas durian itu memberi isyarat penting kepada alam liar, membantu menarik perhatian haiwan untuk memakannya dan menyebarkan benihnya.

Tumbuh di kebanyakan negara tropika di seluruh Asia Tenggara, durian dengan bau yang tengik ini mempunyai rasanya tersendiri.

Buah itu amat dicintai dan dalam masa yang sama ada juga yang benci dengan baunya.

Aktiviti makan durian diharamkan di kebanyakan ruang terbuka di seluruh Singapura dan ia dilarang dibawa menggunakan pengangkutan awam kerana baunya.

Tetapi para peminatnya tetap bersungguh-sungguh melindungi baunya yang menjadi kontroversi. -BBCAsia

Tags / Kata Kunci: durian , bau durian

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan