Bapa Gay Bunuh Anak Digelar 'Syaitan Membesar Dalam Badan Bayi'

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 4:07 PM

Mahkamah Crown Cardiff tempat Scully-Hicks dibicarakan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG bapa dituduh membunuh anak angkatnya yang digelar 'syaitan berbaju yang sedang membesar dalam badan bayi'.

Matthew Scully-Hicks, 31, dituduh membunuh Elsie berusia 18 bulan selepas 'mendera dan menyerangnya' selama beberapa bulan.

Scully-Hicks bersama pasangan 'gay'nya mengambil Elsie sebagai anak angkat pada September 2015 dan prosesnya selesai hampir lapan bulan kemudian.

Tetapi kurang dari dua minggu kemudian Elsie meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di kepala.

Dia meninggal dunia di Hospital Universiti Wales, Cardiff, selepas doktor membuat keputusan mematikan alat bantuan pernafasannya disebabkan trauma di kepalanya tidak dapat disembuhkan.

Selepas kematian tragis Elsie, polis memeriksa alat elektronik milik Scully-Hicks termasuk iPadnya.

Mahkamah pada 22 September 2015, hanya 12 hari setelah menjaga Elsie mendengar bahawa dia telah menghantar mesej kepada seorang rakan menyatakan: "Saya akan mengharungi neraka dengan Elsie!

"Waktu makan dan tidur adalah mimpi buruk saya pada masa ini.

"Dia baru sahaja melalak selama 10 minit tanpa henti. Dia baru sahaja berhenti tetapi saya ragu-ragu itu yang terakhir yang saya akan dengar malam ini."

Lakaran gambar Scully-Hicks dan pasangannya, Craig di mahkamah.

Malam itu dia juga dia menghantar mesej kepada pasangannya, Craig memanggil Elsie 'seorang psiko.'

Pada 29 September 2016, dia menghantar mesej kepada Craig menggambarkan Elsie sebagai 'syaitan berbaju membesar dalam badan bayi.'

Scully Hicks, yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau bertemu dengan suaminya yang berusia tua lima tahun dari umurnya ketika tinggal di Swindon, Wiltshire, pada 2006.

Scully-Hicks berasal dari South Wales dan pasangan itu berpindah ke Cardiff sekitar 2011.

Mereka berkahwin di Portugal pada Ogos 2012 dan memohon untuk menjadi penjaga Elsie pada tahun yang sama.

Pendakwa Paul Lewis QC berkata: Elsie didapati tidak bertindak balas oleh paramedik selepas Scully-Hicks menyerangnya di rumahnya di Fairwater, Cardiff, pada 25 Mei tahun lepas.

Lewis berkata: "Kecederaan yang menyebabkan kematiannya telah berpunca daripada defendan sejurus sebelum dia memanggil perkhidmatan kecemasan pada hari tersebut."

"Serangannya ke atasnya pada hari itu bukan kali pertama dan ia juga bukan kali pertama bayi itu mengalami kecederaan serius.

"Tindakannya pada lewat petang 25 Mei adalah tragis apabila bertindak ganas terhadap anak kecil yang tidak berdaya, seorang bayi yang seharusnya disayangi dan dilindungi, tetapi diserang, disalahguna dan akhirnya dibunuh." -dailymailUK

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , bunuh bayi

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan