Rupa-Rupanya Jodoh Saya Dalam Bas

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 1:57 PM

-fotoCascade

(Ubah saiz teks)

USIA tua bukanlah penghalang untuk mencari cinta kerana pasangan ini telah pun membuktikannya.

Mungkin anda tidak perlu menunggu sehingga usia 80an untuk mendapatkan pasangan, tetapi apa yang pasti setiap kesabaran pasti membuahkan hasil.

Philip McCusker, 89, dan Helen McAllister, 84, dari Scotland, duduk bersebelahan di dalam bas tetapi tidak bercakap antara satu sama lain untuk dua jam pertama perjalanan mereka.

Tetapi McCusker memulakan langkah apabila melihat wanita di sebelahnya bermasalah dengan tali pinggang keledarnya.

"Pertama sekali dia letakkan tangannya atas saya, kerana saya tidak dapat membuka tali pinggang keledar di atas bas!," kata McAllister.

"Dia membantu saya dan kami mula berbual," katanya.

Sejak itu banyak yang mereka bualkan sehinggalah akhir perjalanan, malah McCusker sempat memberikan sebotol 'champagne' yang kebetulan dibawa bersamanya.

"Malah dia juga tak tahu mengapa dia membawa sebotol champagne pada hari itu,' kata McAllister.

"Semuanya bermula apabila saya pulang ke rumah dan berfikir 'lebih baik saya menelefon dia dan mengucapkan terima kasih kepadanya'," katanya.

McCusker, seorang kartunis bersara, dan McAllister, seorang bekas jururawat, kini telah bertunang dan mengembara ke seluruh dunia, melawat Ibiza, Portugal dan hotel mewah Dorchester di London.

Mereka mempunyai minat yang sama iaitu mengembara sambil menikmati kehidupan di tempat-tempat menarik seluruh dunia.

"Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan bertemu seseorang dalam usia seperti ini,' kata McAllister yang tinggal di Helensburgh.

"Bas itu sesak. Saya biasanya mendapat satu tempat duduk untuk diri sendiri ketika perjalanan sejak suami saya meninggal dunia 18 tahun lalu.

"Phillip datang dan duduk bersebelahan saya dan sejak itu kami bersahabat baik.

"Tidak ada perasaan romantis atau sebagainya di awal perkenalan kami," katanya.

Sekarang pasangan itu sedang merancang perkahwinan mereka.

McCusker akan menelefon tunangnya dua kali sehari, yang akan melawatnya setiap minggu. -metroUK

Tags / Kata Kunci: warga emas , pasangan tua

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan