Gelaran Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia Milik Belarus

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

TIARA Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia yang pertama menjadi milik wakil Belarus, Aleksandra Chichikova.

Pelajar berusia 23 tahun itu mengakui tujuan menyertai pertandingan itu bagi membuktikan dia mampu menangani perasaan takut dan bimbang untuk berdepan dengan masyarakat kerana kekurangan pada dirinya.

Buat pertama kalinya pertandingan seumpama itu dianjurkan pertubuhan dari Poland di Warsaw sebagai langkah untuk mengubah persepsi umum terhadap golongan kurang upaya.

Pemenang kedua dirangkul wakil Afrika Selatan, Lebohang Monyatsi, manakala tempat ketiga adalah wakil Poland, Adrianna Zawadzinska.

Acara ini anjuran The Only One Foundation yang diasaskan dua wanita kurang upaya yang mahu membuktikan bahawa golongan istimewa itu juga mampu menyahut cabaran seperti insan normal.

Daripada 24 peserta dari 19 negara mengambil bahagian, bagaimanapun tiada calon mewakili Australia.

Selepas empat edisi Ratu Cantik Berkerusi Roda Poland, akhirnya pada Sabtu lalu tercatat sejarah apabila acara sama diperingkat globar berlangsung dengan jayanya.

Tags / Kata Kunci: Belarus , Warsaw

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan