ISIS Didakwa Pokai

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

MILITAN ISIS kini dikatakan semakin pokai dan berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, demikian menurut seorang pegawai kanan tentera Amerika.

Malahan, lelaki berpangkat general itu juga menganggap situasi itu bakal membawa kepada kemusnahan kumpulan pengganas itu.

Setakat ini, ratusan anggota militan itu telah menyerah diri kepada puak Kurdis di bandar Hawija, Iraq iaitu satu daripada dua lokasi yang pernah dikuasai ISIS.

Kata Lefenan General Paul Funk, tindakan mereka menyerah diri mempunyai kaitan dengan perihal pemimpin militan itu yang dikatakan telah mengabaikan anggotanya.

Bercakap kepada USA Today, beliau berkata: "Sesuatu yang mengejutkan apabila ramai yang tampil menyerah diri, ia suatu trend yang semakin meningkat.

Berdasarkan kenyataan anggota ISIS yang menyerah diri itu, mereka dikatakan telah diabaikan dan tidak diberi makan selain tidak menerima gaji.

Menurut Funk lagi, pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi kini semakin kurang pengaruhnya untuk menerajui kumpulan itu.


Tags / Kata Kunci: ISIS , Funk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan