'Spider Women' Luo - Berita Dunia | mStar

'Spider Women' Luo

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita menjadi terkenal apabila mampu memanjat setinggi 100 meter tanpa menggunakan tali atau peralatan keselamatan.

Mendapat jolokan 'spider women', kebolehannya telah menarik perhatian ramai.

Luo Dengping beraksi semata-mata untuk hiburan pelancong yang datang ke Wilayah Guizhou China.

Memetik laporan portal Odditycentral, Luo yang berusia 37 tahun menonjolkan kemahiran dan keberaniannya di depan pelancong.

Luo yang bekerja bermula jam 8 pagi berkata, apa yang dilakukannya itu membuktikan bahawa wanita juga berkebolehan dalam pelbagai kemahiran.

“Saya fikir lelaki dan wanita adalah sama, jika lelaki boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya.

“Untuk petua ketika memanjat tebing, sentuh batu dahulu dengan tangan atau kakimu... Sekiranya anda tidak dapat menyentuhnya, jangan bergerak,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Luo , Spider Women

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan