Tumbuk Bayi Hingga Mati, Bapa Dipenjara Seumur Hidup

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 12:40 PM

Liam Deane.

(Ubah saiz teks)

SEORANG bapa yang menumbuk bayi perempuannya yang baharu berusia dua hari sehingga mati dipenjara seumur hidup.

Liam Deane, 22, didakwa berang apabila anaknya yang dikenali sebagai Luna tidak berhenti menangis.

Ibu Luna, Karen Bissett, 21, meninggalkan anaknya itu bersama Deane sementara dia mahu berehat.

Namun dia gagal mengawal kemarahannya apabila Luna menangis tanpa henti.

Michael Smith, yang bertindak sebagai pendakwa berkata, Luna mengalami kecederaan pada otak, badan dan juga mukanya.

"Suspek beritahu dia bertanggungjawab terhadap semua kecederaan yang dialami mangsa. Dia kata tidak tahan dengan bunyi tangisan mangsa," kata Smith.

Bissett berkata Deane memberitahunya bahawa Luna telah terjatuh.

Ambulans dikejarkan ke rumah mereka selepas Luna mengalami sesak nafas akibat terjatuh sebagaimana didakwa Deane.

Pasukan paramedik tiba dan menyedari bahawa muka Luna mengalami kesan lebam yang teruk.

Luna dikejarkan ke Leeds General Infirmary sebelum disahkan meninggal dunia di unit rawatan intensif pada 14 Julai lalu.

Deane bagaimanapun mengaku menumbuk Luna di muka, mencubit badan dan tangannya sebelum bertindak menggoncang mangsa.

Tags / Kata Kunci: Liam Deane

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan