Berbaris 13 Jam Kerana 'Bapa'

Diterbitkan: Jumaat, 6 Oktober 2017 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Dua belas juta rakyat Thailand melawat Istana Besar di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Ribuan penduduk lagi berbaris di jalan raya berhampiran Sungai Chao Phraya untuk masuk ke istana pada Khamis iaitu hari terakhir bertemu Bhumibol sebelum upacara pembakaran mayat pada 26 Oktober ini.

Pegawai istana itu berkata, pelawat berbaris lebih dua kilometer dengan ramai yang mula beratur sejak Rabu lagi.

Sementara itu, seorang penduduk, Tossapon Thongmak, 33, berkata, dia tetap beratur di luar istana walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.

"Saya berada di sini sejak pukul 6 petang Rabu dan masuk ke istana bagi memberi penghormatan terakhir pada pukul 7 pagi Khamis.

“Walaupun hujan pada sebelah malam, tetapi kami masih setia berbaris kerana kami mesti beri penghormatan kepada 'bapa' kami,” katanya.

Bhumibol meninggal dunia pada usia 88 tahun dan mayatnya ditempatkan di dewan emas di dalam istana itu.

Susulan itu, anak lelakinya, Raja Maha Vajiralongkorn telah menaiki takhta pada Disember lalu. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Bhumibol

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan