Terselamat Kerana Telefon Bimbit - Berita Dunia | mStar

Terselamat Kerana Telefon Bimbit

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 3:50 PM

Orang ramai melarikan diri dalam insiden tembakan di festival muzik di Las Vegas pada Ahad malam.

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita terselamat daripada insiden tembakan rambang di Las Vegas, Ahad malam lalu.

Mangsa yang tidak dikenal pasti itu berkongsi kisahnya dengan seorang pemandu teksi yang membawanya keluar dari lokasi kejadian.

Dalam insiden berkenaan, mangsa cuba melarikan diri namun salah satu peluru mengenai telefon bimbit yang dibawanya.

Ia mengakibatkan telefon warna merah itu rosak tetapi wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Lelaki bersenjata, Stephen Paddock yang melepaskan tembakan rambang di festival muzik itu mengakibatkan 58 orang terbunuh dan lebih 500 cedera.

Dia melepaskan tembakan dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay, yang terletak di seberang jalan. - Mirror

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan