Tragedi Las Vegas: Teman Wanita Terkejut Suspek Kejam - Berita Dunia | mStar

Tragedi Las Vegas: Teman Wanita Terkejut Suspek Kejam

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 3:11 PM

Danley (kiri) mengakui terkejut dengan sikap teman lelakinya.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Teman wanita suspek yang bertindak melepaskan tembakan terhadap pengunjung sebuah konsert di Las Vegas, Ahad lepas, langsung tidak menyedari teman lelakinya ada merancang untuk melakukan serangan keganasan, lapor agensi berita China Xinhua.

"Dia tidak pernah dilihat dalam apa cara sekalipun sedang merancang untuk melakukan keganasan terhadap sesiapapun," kata Marilou Danley dalam satu kenyataan yang dibacakan peguamnya di luar pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Los Angeles.

"Saya kenal Stephen sebagai seorang lelaki yang baik dan tenang serta mengambil berat," tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sebelum serangan, Paddock membeli tiket kapal terbang untuk Danley melawat keluarganya di Filipina dan membantu membiayai teman wanitanya membeli sebuah rumah.

Danley, 62, berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu siasatan bagi membolehkan polis mengenal pasti punca sebenar suspek bertindak sedemikian.

Lebih 22,000 pengunjung sebuah festival muzik di luar Hotel Mandalay Bay dikejutkan dengan tembakan yang dilepaskan Paddock, 64, dari tingkat 32 hotel berkenaan.

Suspek seorang yang gemar berjudi dan terbabit dalam pelaburan harta tanah, kemudian ditembak mati anggota keselamatan.

Pegawai penguatkuasa undang-undang percaya Paddock bertindak sendirian.

Tags / Kata Kunci: Los Vegas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan