Rumah Putih Bidas Tillerson

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 11:03 AM

Tillerson (kiri) ketika mengadakan lawatan ke China minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Rumah Putih menolak rundingan dengan Korea Utara melainkan untuk membincangkan nasib warganegara Amerika Syarikat (AS) yang ditahan Pyongyang.

Pendirian tegas itu sekali gus membidas kenyataan Setiausaha Negara, Rex Tillerson dalam lawatannya ke China minggu lalu.

Tillerson berkata Washington berkomunikasi secara langsung dengan Korea Utara berhubung program persenjataan dan nuklearnya, namun Pyongyang tidak berminat untuk berunding.

“Kami sudah menjelaskan bahawa sekarang bukan masanya untuk berunding.

“Rundingan hanya untuk membawa balik rakyat AS yang ditahan,” kata Sanders. Tiada perbincangan berhubung isu lain dengan Korea Utara buat masa ini,” kata jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders kepada pemberita, mengulangi kenyataan Presiden Donald Trump di Twitter yang menyangkal Tillerson.

Pentadbiran Trump mendesak Korea Utara membebaskan tiga rakyat AS iaitu paderi Kim Dong Chul dan dua ahli akademik, Tony Kim-fan serta Kim Hak Song.

Trump yang berbalas ancaman dan cercaan dengan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un sejak beberapa minggu lalu berkata, sebarang usaha untuk berunding dengan Pyongyang adalah membuang masa.

“Saya sudah katakan kepada Tillerson bahawa beliau hanya membuang masa untuk cuba berunding dengan Little Rocket Man,” kata Trump di laman Twitter merujuk kepada gelaran sinis yang diberikan kepada Jong-un.

“Simpan tenaga anda, Tillerson, kami akan buat apa yang patut!” sindir Trump.

Seorang pegawai pentadbiran kanan lain pula berkata, Tillerson mungkin terlepas cakap.

“Saya rasa beliau terlepas cakap. Beliau mahu mengesahkan bahawa kami ada saluran komunikasi dan mungkin mempunyai sebab untuk berunding jika Korea Utara mengubah sikapnya,” kata pegawai itu. – Reuters



Tags / Kata Kunci: Tillerson , Pyongyang

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan