Putera Charles Lawat Malaysia Bulan Depan

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pewaris tahkta Britain, Putera Charles, akan mengadakan lawatan ke Asia Tenggara dan India, hujung bulan ini.

Namun, beliau membatalkan kunjungan ke Myanmar selepas berlakunya pembersihan etnik di Rakhine yang ditentang masyarakat dunia.

Laporan media bulan lalu berkata, lawatan rasmi ke Myanmar telah dicadangkan dalam siri jelajah Putera Charles.

Bagaimanapun, ia dikeluarkan dari jadual akhir program yang telah dimuktamadkan pada Rabu.

Putera Charles, 68, dan isterinya, Camilla, 70, akan memulakan lawatan rasmi mereka ke Singapura dan Malaysia sebelum menuju ke India.

"Kami melihat pelbagai pilihan untuk lawatan rasmi tersebut. Dengan ini kami mengumumkan kami akan meneruskan lawatan ke Singapura dan Malaysia," kata Timbalan Ketua Jabatan Luar dan Pejabat Komanwel, Philip Malone.

Malone dan pembantu kerabat diraja Britain itu bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Lebih 500,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmmar ke Bangladesh sejak beberapa bulan lalu susulan serangan tentera ke atas penempatan mereka, yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Berikutan insiden itu, kerajaan Britain menggantung program latihan ketenteraannya di Myanmar.

Putera Charles dan Camilla akan memulakan lawatan mereka ke Singapura pada 31 Oktober ini sebelum berlepas ke Malaysia untuk meraikan hubungan diplomatik selama 60 tahun antara kedua-dua negara itu.

Selepas itu, mereka akan berangkat ke India, lokasi terakhir sempena lawatan selama 11 hari kerabat diraja Britain tersebut.

Tags / Kata Kunci: Putera Charles

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan