Gelaran Ratu Cantik Dilucutkan Kerana Rohingya

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 8:27 PM

Shwe Eain Si. - Mail Online

(Ubah saiz teks)

GELARAN ratu cantik Myanmar dilucutkan selepas dia menuduh etnik Muslim Rohingya menjadi mangsa keganasan dan kekejaman yang masih berlaku di wilayah Rakhine di negara itu.

Shwe Eain Si, 19, yang sebelum ini merupakan Miss Grand Myanmar memuat naik video di akaun Facebook pada minggu lalu telah menggambarkan bahawa Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA) sebagai satu gerakan ala khalifah.

Dia mendakwa sekadar menggunakan popularitinya untuk menyuarakan kebenaran.

Namun, pihak penganjur pertandingan Miss Grand International berkata, Eain Si 'tidak menunjukkan contoh yang baik' dan gelaran itu dilucutkan kerana bercanggah dengan kontrak pertandingan.

Eain Si yang bertutur dalam bahasa Inggeris mendakwa bahawa ARSA adalah organisasi keganasan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa tempatan dan berpura-pura seperti mereka ditindas dalam serangan yang berlaku baru-baru ini.

Ratu cantik itu kemudiannya mempertikaikan dakwaan penganjur dan berkata, 'tiada tuduhan yang dibuat oleh mereka dianggap cukup serius untuk menarik gelarannya' yang ditulis melalui akaun Facebook.

Lebih sejuta etnik Rohingya melarikan diri daripada tentera Myanmar yang bertindak kejam di Wilayah Rakhine.

Kempen tersebut telah dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyifatkan ia sebagai pembersihan etnik.

Namun kerajaan Myammar menafikannya dan mengatakan mereka menentang pengganas Rohingya yang mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan terhadap pasukan keselamatan. - Mail Online

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan