Bistro Perkenal Menu Lazat Ulat, Serangga

Diterbitkan: Rabu, 4 Oktober 2017 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

BIASANYA jika dikesan adanya semut dan kumbang di dapur  tentunya sesebuah restoran itu akan diarah ditutup serta merta.

Bagaimanapun, lain pula halnya di premis makanan terkini di Bangkok apabila serangga menjadi antara bahan asas untuk menghasilkan menu kepada pelanggan.

Tetapi, ia bukan sesuatu yang baru di Thailand kerana peniaga jalanan sememangnya terkenal dengan penjualan cengkerik dan ulat sutera yang menjadi tarikan pelancong.

Kini, serangga menjadi hidangan mewah di Insects in the Backyard.

"Di Thailand sejak dulu lagi penduduknya menjadikan serangga sebagai jajan, bukan bahan utama hidangan di restoran.

"Kini, kami mahu mengubah senario itu dengan menghasilkan menu lazat berasaskan serangga," kata Regan Suzuki Pairojmahakij, rakan kongsi premis ini yang juga warga Kanada.

Tanggungjawab untuk menghasilkan juadah enak ini diberikan kepada Chef Eksekutif Thitiwat Tantragarn dengan pasukannya menggunakan cengkerik, semut, ulat sutera, kumbang air dan beluncas buluh.

"Ia sesuatu yang baru yang perlu diteroka," katanya.

Sementara itu, pembekal serangga kepada restoran itu, Amornsiri Sompornsuksawat berkata, ia prospek pasaran terkini yang diterokainya.

"Saya harap lebih ramai akan memakan kumbang yang saya bekalkan dan tentunya lebih banyak menu baharu dapat dihasilkan," katanya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada pelanggan yang berasa geli dan meloya ketika hendak mengunyah hidangan berasaskan serangga ini.

"Ia tidak sama seperti hidangan biasa di restoran lain, ada ketikanya minda saya seolah-olah memberitahu untuk saya tidak menjamahnya," kata jurugambar bebas, Patr Srisook.




Tags / Kata Kunci: Regan Suzuki

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan