Gempa Di Mexico: Angka Kematian Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 2 Oktober 2017 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

MEXICO: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud yang melanda tengah Mexico bulan lepas, meningkat kepada 361 orang sementara usaha mencari dan menyelamat lapan lagi mangsa hilang masih diteruskan, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut Ketua Agensi Perlindungan Awam, Luis Felipe Puente menerusi twitternya, seramai 220 mangsa maut di Bandaraya Mexico yang menyaksikan sebanyak 38 bangunan runtuh di bandar raya itu.

Seramai 141 mangsa lagi dilaporkan maut di Morelos, Puebla dan Mexico.

Operasi mencari dan menyelamat terus ditingkatkan dan ditumpukan di kawasan Alvaro Obregon Avenue tempat di mana lapan orang dilaporkan hilang, kata Datuk Bandaraya Mexico Miguel Angel Mancera di sidang akhbar pada Ahad.

Bagaimanapun, untuk menemui mangsa terselamat selepas 13 hari, sejak gempa melanda pada 19 September adalah tipis.

Memandangkan kebanyakan bangunan yang runtuh atau rosak teruk adalah bangunan baharu dua tahun siap pembinaannya, menyebabkan pihak berkuasa menjalankan kira-kira 136 siasatan terhadap pemaju. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Mexico

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan