Pesawat Kargo Terhempas, 12 Maut - Berita Dunia | mStar

Pesawat Kargo Terhempas, 12 Maut

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 12:48 PM

(Ubah saiz teks)

KINSHASA: Pesawat kargo yang disewa tentera Republik Demokratik Congo terhempas berhampiran ibu negara itu  sekali gus mengorbankan semua 12 penumpang dan kru.

Kejadian berlaku sebaik pesawat Antonov itu berlepas dari lapangan terbang Ndjili di Kinshasa, menuju ke wilayah Kivu di timur, lokasi tentera bertempur dengan kumpulan militia, demikian menurut sumber lapangan terbang terlibat.

Ia terhempas di N'sele, kira-kira 100 kilometer ke timur bandar raya itu.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Jose Makila, dalam kenyataan berkata, keseluruhannya 12 anggota dan kru berada dalam pesawat tetapi tiada yang terselamat.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca nahas," tambahnya.

Wartawan AFP menyaksikan Pengawal Republikan negara itu mengepung sekitar lokasi nahas, di kawasan tidak berpenghuni yang pernah menempatkan kompleks industri pertanian.

Pesawat, yang mempunyai seorang kru Rusia, membawa dua kenderaan dan senjata, selain anggota tentera, kata sumber di ibu pejabat tentera yang enggan dikenali. - AFP

Tags / Kata Kunci: Congo , Ndjili
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan