Kos Baiki Big Ben Lebih RM300j

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 10:04 AM

Menara Big Ben merupakan antara lokasi tumpuan pelancong di London. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

KOS untuk membaiki menara jam Big Ben di London mencecah sekali ganda menjadikannya berjumlah £61 juta (RM345 juta).

Peningkatan kos itu berikutan pasukan jurutera mendapati tugas tersebut lebih sukar daripada yang dijangkakan.

Projek pemuliharaan tersebut sudah pun menjadi kontroversi kerana ia akan menyebabkan loceng Big Ben akan senyap selama empat tahun.

Kos yang meningkat dari £29 juta (RM164 juta) itu mencetuskan kritikan dan keraguan mengenai anggaran berbilion Pound untuk mengubah suai bahagian lain di bangunan Parlimen.

Syarikat Sir Robert McAlpine Special Projects Division Ltd telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek pembaikan.

Anggaran kos itu selepas kajian terperinci selama 16 bulan terhadap projek membabitkan perancah yang dibina di menara setinggi 96 meter.

Berdasarkan penelitian, lebih banyak tugas yang mencabar dan keadaan yang lebih buruk dijangka pada kawasan di bawah sekitar menara.

Walaupun kos yang tinggi telah ditandatangani, tetapi beberapa ahli Parlimen yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut mendedahkan mengenai kemarahan mereka terhadap kos berkenaan.

Kerja-kerja telah dijalankan bagi pengubahsuaian bangunan yang juga dikenali Menara Elizabeth itu, sejak berbulan-bulan.

Ia menyaksikan pembaikan di menara itu dan jam yang dikenali sebagai Great Clock. - Mail Online

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan