Yingluck Berada Di Dubai - Berita Dunia | mStar

Yingluck Berada Di Dubai

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun semalam kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha.

"Sejauh yang saya tahu, saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Kementerian Luar yang beliau kini berada di Dubai," katanya kepada media pada Khamis.

Abangnya Thaksin Shinawatra yang juga merupakan  bekas perdana menteri yang kini hidup dalam buangan dilapor mempunyai rumah di Dubai.

Prayut berkata perlu difailkan permohonan ekstradisi kerana suspek didapati tinggal di negara asing.

Beliau berkata Kementerian Luar dan pihak polis perlu menentukan tindakan  mereka selanjutnya susulan hukuman ke atas Yingluck itu termasuk mendapat kerjasama dengan Interpol.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan berkata Negara Teluk itu telah memaklumkan bahawa Yingluck tidak akan dibenarkan melakukan pergerakan politik di negara itu.

“Saya tidak tahu,” kata Prawit bila ditanya sama ada beliau yakin Yingluck tidak akan menyertai pergerakan politik di Dubai.

Mahkamah Agung Thailand mendapati Yingluck bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan skim subsidi beras dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, tanpa kahadirannya di mahkamah.

Tags / Kata Kunci: Yingluck
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan