Zuckerberg Nafi Anti Trump - Berita Dunia | mStar

Zuckerberg Nafi Anti Trump

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

CALIFORNIA: Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mempertahankan peranan syarikatnya dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) dan menolak dakwaan dalam tweet dari  Donald Trump yang mengatakan rangkaian sosialnya menentangnya.

Zukerberg mengambil langkah bertahan selama beberapa minggu berhubung pendedahan bahawa ejen Rusia membeli iklan di Facebook dan mencipta akaun palsu untuk menimbulkan ketegangan politik di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya presiden 2016.

Dalam siaran Facebook pada hari Rabu, Zuckerberg berkata Trump dan parti liberal kecewa mengenai idea dan kandungan di Facebook semasa kempen.

"Inilah cara mengendalikan platform untuk semua idea," kata Zuckerberg.

Zuckerburg berkata, kempen 2016 adalah yang pertama di Amerika Syarikat di mana internet adalah cara utama calon berkomunikasi dan keupayaan calon dan pengundi untuk berinteraksi adalah perkara yang baik.

Malah usaha memujuk untuk keluar mengundi telah mendorong 2 juta orang mendaftar untuk mengundi.

Terdahulu, Trump mengkritik Facebook sebagai "anti-Trump" dan mencadangkan syarikat itu bersubahat dengan saluran media lain yang menentangnya.


Tags / Kata Kunci: Zuckerberg , Trump
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan