PBB Sahkan 480,000 Etnik Rohingya Lari Ke Bangladesh - Berita Dunia | mStar

PBB Sahkan 480,000 Etnik Rohingya Lari Ke Bangladesh

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

PERTUBUHAN Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan etnik Rohingya yang beragama Islam lari ke Bangladesh sejak keganasan meletus di Myanmar 25 Ogos lalu.

Jumlah keseluruhan yang memasuki negara setakat Sabtu lalu mencecah 480,000 orang.

Secara umumnya, dalam tempoh dua hari anggaran kemasukan etnik berkenaan adalah 45,000 orang.

Laporan agensi PBB dan pertubuhan kebajikan antarabangsa berkata, perubahan itu sebahagian besarnya disebabkan anggaran 35,000 etnik Rohingya yang tidak dikira sebelum ini dan telah berpindah ke dua kem pelarian.

Selain itu, laporan itu juga menyebut, jumlah pelarian yang menyeberang sempadan mula meningkat.

Selepas laporan penurunan ketara ketibaan minggu lalu, laporan terkini menunjukkan, ratusan etnik Rohingya menyeberangi sempadan setiap hari.

Ruang seluas lapan kilometer persegi berhampiran kem sedia ada dikhususkan untuk menempatkan ketibaan baharu, bagaimanapun tiada kemudahan dibina setakat ini.

Kem pelarian dan penempatan sementara di sebelah sempadan Bangladesh sudah menempatkan kira-kira 300,000 etnik Rohingya sebelum keganasan terbaru dan kini terlebih sesak. -AFP




Tags / Kata Kunci: Rohingya , PBB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan