Isu Pembangkang, Korea Utara Dorong Pilihan Raya Awal Jepun

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Situasi huru hara dalam kalangan pembangkang serta kebimbangan tercetus serangan Korea Utara antara faktor Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijangka mengumumkan pilihan raya awal.

Sidang media berhubung perkara itu dijangka diadakan Abe selepas mesyuarat eksekutif parti.

Beliau juga berkemungkinan membuat janji untuk insentif pendidikan dan penjagaan anak, selain mengeluarkan kenyataan tegas terhadap tindakan Korea Utara.

Ketika ini, sokongan terhadap Abe meningkat kepada 50 peratus, berbanding 30 peratus pada Julai lalu.

Tinjauan pada hujung minggu yang dijalankan akhbar harian perniagaan Nikkei menunjukkan, 44 peratus pengundi merancang memilih Parti Demokrat Liberal (LDP) pimpinan Abe berbanding lapan peratus untuk pembangkang utama Parti Demokrat.

Ia adalah lebih tinggi berbanding tinjauan agensi berita Kyodo sebanyak 27.7 peratus dengan 42.2 peratus tidak pasti.

Imej Abe sebagai pemimpin kukuh meningkatkan kedudukan sokongan di tengah ketegangan meningkat serantau berhubung program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara serta membayangi kritikan pembangkang, Perdana Menteri itu disyaki terbabit dalam skandal kronisme yang mengurangkan sokongan terhadapnya.

Pegawai parti pembangkang berkata, mengadakan pilihan raya adalah cubaan Abe itu mengetepikan persoalan berhubung skandal kronisme dalam sesi parlimen dijangka bermula Khamis ini. Abe dijangka membubarkan parlimen hari sama. -Reuters




Tags / Kata Kunci: Abe , Jepun

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan