Meninggal Dunia Selepas Menang Perlawanan Tinju

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 11:46 AM

Pradip (kiri) ketika berdepan Lim pada perlawanan AFC di Marina Bay Sands. - The Straits Times/ANN

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Singapura, Pradip Subramaniam meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada Sabtu, demikian menurut Asia Fighting Championship (AFC).

Dalam kenyataan awal pagi pagi ini, AFC berkata Subramaniam meninggal dunia pada 9 malam.

“Kami sentiasa berhubung dengan kakitangan perubatan di hospital bagi memastikan punca kematian,” kata AFC.

Sementara itu, Channel News Asia (CNA)  melaporkan Subramaniam, 32, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan tinju menentang personaliti YouTube, Steven Lim di Marina Bay Sands pada awal malam Sabtu.

Menurut laporan itu, Lim, 41, memenangi perlawanan tersebut menerusi  ‘knockout'  teknikal.

CNA turut melaporkan Subramaniam menggantikan bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans.

Dalam catatan Facebooknya, Lim mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Ini saat yang menyedihkan buat saya apabila mengetahui tentang berita yang memeranjatkan itu! Anda ajar kami semua tentang nilai keberanian dan kekuatan serta kepentingan gaya hidup sihat dan cergas. Salam takziah kepada anda, anda memang hero kami,” kata Lim.

Sementara itu, AFC berkata projek Subramiam, AFC Physique Championships  yang dijadualkan hari ini akan dibatalkan sebagai tanda penghormatan.-- Bernama  


Tags / Kata Kunci: tinju , Pradip , AFC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan