40,000 Pemandu Uber London Terjejas

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Lebih 40,000 pemandu Uber berputih mata apabila kerajaan Britain bertindak membatalkan lesen aplikasi teksi itu, berkuatkuasa akhir bulan ini.

Pengangkutan untuk London (TfL) berkata, pihaknya tidak akan memperbaharui lesen Uber yang tamat 30 September ini kerana aplikasi teksi itu mencetuskan risiko keselamatan awam.

Operasi Uber di kota raya ini bagaimanapun diberi masa 21 hari untuk merayu dan boleh terus beroperasi sehingga proses rayuan selesai.

“Pendekatan dan tatalaku Uber mempamerkan kelemahan daripada segi tanggungjawab korporat selain isu  keselamatan awam dan aspek keselamatan secara amnya,” kata TfL.

Uber yang merangkumi sepertiga kereta sewa persendirian di London berkata, ia akan mencabar keputusan tersebut.

“TfL dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan akur kepada desakan segelintir individu yang mahu menyekat pilihan pengguna.

“Kami akan segera mencabar keputusan ini di mahkamah,” kata Pengurus Besar Uber di London, Tom Elvidge.

Uber sebelum ini dikecam oleh pemandu-pemandu teksi hitam London yang menuduh aplikasi itu tidak mementingkan peraturan keselamatan dan mengancam periuk nasi mereka.

Firma Amerika Syarikat itu dikritik oleh kesatuan sekerja dan ahli Parlimen selain berdepan kes mahkamah berhubung hak pekerja.

Uber dipaksa menghentikan operasinya di sebilangan negara termasuk Denmark dan Hungary. Aplikasi teksi itu turut berdepan halangan undang-undang di sejumlah negeri di AS dan negara lain di dunia.

Terdahulu, Sadiq berkata, beliau menyokong keputusan TfL menolak permohonan Uber untuk memperbaharui lesennya.

“Semua syarikat di London wajib patuh kepada undang-undang dan mematuhi standard tinggi yang kami sarankan terutamanya apabila ia melibatkan isu keselamatan pengguna.

“Adalah tidak wajar sekiranya TfL meneruskan lesen Uber jika tindakan ini akan mendatangkan ancaman kepada keselamatan warga London dalam apa jua cara sekali pun,” katanya. – Reuters



Tags / Kata Kunci: Uber , London

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan