Menanti Agung Meletus

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

DENPASAR: Amaran Tahap Tiga telah dikeluarkan untuk Gunung Agung, namun pihak berkuasa masih tidak dapat meramal bila ia akan memuntahkan lahar.

Setakat ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai telah bersiap sedia dengan pusat operasi kecemasan bagi mengendalikan penerbangan dan pengunjung ke destinasi percutian itu.

Ketua Operasi lapangan terbang itu, Misranedi berkata, lapangan terbang di Lombok dan Surabaya di barat Jawa juga dipersiapkan sebagai alternatif.

Katanya, teksi dan bas akan disediakan untuk membawa penumpang ke pelabuhan Padangbai supaya mereka dapat menaiki bot ke Lombok atau Surabaya.

"Kami sedang mempersiapkan pusat operasi kecemasan (EOC) yang akan bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan. Apabila gunung itu meletus, lapangan terbang perlu ditutup dan operasi penerbangan berpindah ke Lombok atau Juanda. Diharap kedua-dua lapangan terbang ini tidak terjejas," katanya.

Menurut pihak polis, hampir 28,000 penduduk perkampungan berdekatan gunung berapi itu telah berpindah ke penempatan sementara yang disediakan.

Pihak berkuasa juga meminta pelancong dan penduduk setempat supaya tidak mendaki atau berkhemah dalam radius enam kilometer dari kawah gunung berapi itu.

“Aktiviti gunung berapi ini masih pada tahap tinggi dan terdapat petanda lahar naik ke permukaan yang menyebabkan gegaran.

“Sepatutnya tiada sebarang aktiviti orang awam dalam radius yang dinyatakan kerana dikhuatiri letusan akan berlaku,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Indonesia memiliki hampir 130 gunung berapi aktif iaitu le­bih banyak daripada mana-mana negara di dunia ini.

Siri letusan Gunung Agung antara tahun 1963 dan 1964 meng­akibatkan lebih 1,000 orang terbunuh, manakala ratusan yang lain cedera. – Reuters



Tags / Kata Kunci: Gunung Agung , Bali

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan