Pertandingan Cari Jejaka Tampan Dibatalkan

Diterbitkan: Sabtu, 23 September 2017 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

PERTANDINGAN pencarian jejaka kacak Mr Model Tabasco 2017 di Tabasco, Mexico dibatalkan pada saat-saat akhir selepas agensi model yang juga penganjur acara itu gagal mencari calon sesuai.

Untuk diterima sebagai peserta Mr Model Tabasco, calon perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.78 meter, berusia antara 17 hingga 27 tahun dan memiliki anggota badan dan muka yang harmoni.

Malah peserta juga perlu mempunyai latar pendidikan tertinggi, boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, mempunyai pasport sah dan bukan penari bogel.

Dengan kriteria yang ditetapkan, penganjur hanya memilih enam peserta beberapa hari sebelum pertandingan itu diadakan.

Mereka yang dipilih sebenarnya tidak menepati ciri-ciri yang ditetapkan menyebabkan penganjur membatalkan pertandingan tersebut.

"Kami amat kesal untuk memaklumkan bahawa pertandingan Mr Model Tabasco 2017 dibatalkan sehingga notis diberitahu kelak.

"Mr Model Tabasco akan berusaha keras untuk mencari peserta kacak dan maskulin di sekitar negara ini," kata pihak penganjur.

Agensi yang menjalankan beberapa sesi fotografi dengan peserta terpilih mempromosikan pertandingan itu di TV dan secara dalam talian tetapi masih gagal menarik jejaka dengan kriteria yang dikehendaki.

Ramai percaya faktor ketinggian merupakan halangan utama kerana orang Mexico kebanyakannnya rendah.

Tags / Kata Kunci: Mr Model Tabasco 2017

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan