Awas Penyerang Wanita!

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

SERANGAN seksual terhadap wanita merupakan masalah besar di India yang saban hari menerima laporan berhubung insiden itu.

Sementara pihak berkuasa memutuskan pendekatan yang lebih proaktif, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cuba untuk membantu wanita berdepan dengan penyerang.

Selepas menyaksikan beberapa insiden serangan keganasan terhadap wanita, Siddharth Mandala yang merupakan pelajar dari Telengana, India nekad untuk melakukan sesuatu dengan inisiatif sendiri.

Dia mencipta kasut elektrik yang dipanggil 'ElectroShoe', sepasang kasut yang boleh memberi kejutan elektrik kepada penyerang dengan kadar 0.1 Ampere.

Ia juga boleh memberi isyarat kepada polis dan ahli keluarga bahawa pemakainya dalam bahaya.

Apa yang perlu dilakukan pemakai kasut adalah menendang penyerangnya.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam sains atau teknologi, Mandala berani mencipta kasut tersebut sehingga pernah terkena kejutan elektrik beberapa kali.

Dia kemudiannya menyedari perlu mendapat bantuan daripada pakar.

"Saya terkena kejutan elektrik sebanyak dua kali semasa melakukan eksperimen. Malah, rakan saya Abishek juga pernah mengalami pendarahan hidung," kata remaja berusia 17 tahun itu.

"Tetapi saya tidak pernah putus asa. Saya ingat kata-kata pencipta yang menjadi idola saya, Thomas Edison, 'Saya tidak gagal 1,000 kali. Mentol itu dicipta sebanyak 1,000 kali'." 

Bagaimanapun kasut ElectroShoe itu masih dalam peringkat pembangunan dan belum dapat dijual pada masa ini. - odditycentral

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan